5 Cara Untuk Kurus Cepat Tanpa Diet Ekstrem

by - February 10, 2018


5 CARA UNTUK CEPAT KURUS TANPA DIET 

EKSTREM








Hai Assalamualaikum

Hari ni saya nak share cara yang saya amalkan untuk kuruskan badan tanpa perlu diet yang ekstrem, tanpa perlu berlapar, tanpa kos yang mahal tapi amat berkesan.


Ada 5 cara sekiranya anda amalkan secara konsisten selama sebulan saya pasti anda akan dapat kuruskan badan walaupun tanpa perlu berdiet yang menyeksakan badan kita

Pertama - Amalkan Suku-Suku-Separuh

Amalkan cara makan Suku-Suku-Separuh. Suku suku separuh ni maksudnya dalam pinggan hidangan kita tu, suku daripada pinggan kita tu adalah nasi, suku lauk samaada ayam atau ikan cuba lebihkan makan ikan dan separuh daripada pinggan kita tu adalah kombinasi sayur sayuran, ulam ulaman dan juga buah buahan. Ulam ulaman seperti pucuk ulam raja, pucuk pegaga membantu kita rasa cepat kenyang. Kombinasi suku suku separuh ni cukup untuk membuatkan kita rasa kenyang dan makan dengan sihat

Kedua - Kurangkan Manis

Kurangkan pengambilan gula, susu pekat manis  atau makanan manis seperti kuih-muih, kek, donut dan sebagainya. Pengambilan makanan dan minuman manis akan membuatkan perut kita buncit dan gemuk. Kalau kita rasa tak boleh kawal keinginan untuk makan dan minum manis cuba gantikan dengan makan buah buahan yang manis seperti tembukai, betik, anggur, buah naga dan banyak lagi. Ia dapat membantu mengawal keinginan kita untuk makan dan minum benda benda manis

Ketiga - Amalkan Intermittent Fasting 

Intermittent Fasting maksudnya kita cuba biasakan diri untuk tidak makan di antara waktu makan.
Contohnya kita sarapan pagi pada pukul 8 pagi dan makan tengah hari pada pukul 12. Diantara pukul 8 pagi - 12 tengahari kita berpuasa sehinggalah waktu makan tengah hari. Sama juga antara waktu lunch dengan dinner


Keempat - Pengambilan Suplimen

Suplimen sangat sangat membantu dalam mempercepatkan proses pembakaran lemak (Omega3), detox (alfalfa) dan meberikan tenaga yang berpanjangan (Soya Protin ESP) walaupun kita amalkan makan suku suku separuh dan kurangkan makan

Kelima - Senaman Ringan

Senaman ringan seperti naik tangga turun tangga, banyak kan berjalan, skipping dan banyak lagi senaman senaman ringan


SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI 60126255817 @
KLIK SINI



                                                            https://api.whatsapp.com/send?phone=60126255817&text=Hai Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee. Terima Kasih

You May Also Like

7 comments

  1. intermittent fasting sangat bagus... kasi chance perut berehat slepas disumbat mcm2. kadang2 kalo rajin dan jiwa tengah kental baru buat hehe..

    ReplyDelete
  2. kurangkan manis yang agak payah sikit tu hahahaa. memerlukan disiplin dan ketabahan yang tinggi kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, gula blh buat kita addicted sama mcm rokok.. Slowly try change to makan buah..

      Delete
  3. thanks share info.. saya bru jer follow blog awak...jemput singgah nanti :)

    ReplyDelete

FOLLOW ME @INSTAGRAM

FOLLOWERS