Gunung Mulu merupakan gunung yang terdapat Taman Negara Mulu di negeri Sarawak Malaysia. Gunung Mulu mempunyai ketinggian setinggi 2,371 meter dan merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Mulu
Dari KLIA anda boleh ambil direct flight to Miri. Untuk sampai ke Taman Negara Mulu, dari Miri anda boleh menaiki Pesawat MASWing terus ke Taman Negara Mulu yang mengambil masa lebih kurang 30 minit je. Kalau anda rasa nak lebih adventure boleh la ikut jalan sungai dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.
(Maklumat lanjut Mulu National Park di SINI)
Sebenarnya pengembaraan kali ni bukan la nak mendaki puncak Gunung Mulu, sekadar nak meneroka gua-gua yang terdapat kat Taman Negara Mulu jer, tu pun dah semput. Gua gua yang terdapat kat sini pun agak mencabar juga nak teroka banyak kena jalan kaki atau naik bot panjang, mendaki, merangkak jugak. Ada banyak kategori gua - basic to advance. Tapi berbaloi sebab semuanya cantik cantik. Bagi pencinta alam dan aktiviti lasak boleh la kalau nak teroka Gunung Mulu cuma kat sini rata-rata pelancong asing je, susah nak jumpa pelancong tempatan dah rasa macam pegi melancong kat oversea. Taman Negara Mulu ni merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site kat Malaysia.
Pilihan untuk penginapan kat Mulu tak banyak. Antara yang femes Mulu Marriott Resort & Spa (Royal Mulu Resort). Biasanya tourist suka tinggal kat sini tapi bagi traveller bajet macam saya ni, saya memilih untuk menginap di Benarat Lodge, bersebelahan Royal Mulu, seberang sungai jer. Keadaan kat Benarat Lodge ni lebih santai, dengan kemudahan asas yang mencukupi, bilik yang sangat sangat luas dan harga yang amat berpatutan.
Selain dari Mulu Marriot Resort dan Benarat Lodge, di dalam kawasan Taman Negara Mulu juga ada banyak chalet-chalet tapi biasanya fully booked dan harganya juga agak mahal.
Bagi yang tinggal di Mulu Marriot Resort (Royal Mulu) ada buggy service untuk bawa anda ke Taman Negara Mulu yang mengambil masa lebih kurang 5minit. Kalau nak jalan kaki lebih kurang 10-15 minit. Kalau tinggal kat Benarat Lodge, anda boleh minta pekerja Benarat Lodge hantar and ambil menaiki van dengan bayaran yang ditetapkan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti di Taman Negara Mulu di SINI
Anda haruslah mendaftar di Mulu Discovery Centre ni sebelum memulakan aktiviti. Kat sini anda di minta merancang itinerary sepanjang berada di Taman Negara Mulu, booking guide dan buat bayaran.
Bagi orang yang mencintai nature dan adventure, Gunung Mulu adalah tempat yang sesuai untuk anda. Bagi yang suka mendaki, Gunung Mulu 10x lebih mencabar dari Gunung Kinabalu dan bagi yang ingin melawat Gunung Mulu, semoga entry ini sedikit sebanyak membantu anda.
Sekian dulu untuk entry kali ni, till we meet again
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI 60126255817 @
BACA Tips: Untuk Kekal Bertenaga semasa Mengembara
0 comments